Que Haidar atau nama sebenarnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar,41, baru-baru ini ada memuat naik sebuah foto swafoto di sebuah tanah perkuburan kerana menziarahi pusara keluarganya.
Namun, ada pulak individu yang tidak dikenali telah memberi teguran secara negatif dan kata-kata kesat padanya menerusi foto tersebut.
Bagi Que Haidar, perbuatan memberi teguran dengan kata-kata kesat tersebut tidak langsung menggambarkan seorang insan yang mempunyai adab dan kesopanan, tambahan pula datang daripada seorang yang beragama Islam.
“Alhamdullilah, ada yang sudi tegur saya. Tapi kan ianya lebih indah kalau guna bahasa yang lebih baik kerana anda Melayu dan beragama Islam. Apa yang saya tahu kita ada bahasa yang lebih indah serta Islam pun mengajar kita bercakap benda yang baik-baik. Apapun Alhamdulillah,”
Individu tersebut sebelum ini ada menulis komen berbaur kritikan dan menganggap Que Haidar hanya menunjuk-nunjuk kebaikan kepada umum. Malah, dia turut menegur Que supaya menjaga adab ketika menziarahi tanah perkuburan.
Namun, profil individu berkenaan telah dipadam dan sudah tidak dapat diakses. Netizen lain yang melihat teguran itu turut menyokong pernyataan Que Haidar yang merasakan individu tersebut agak keterlaluan dalam memberi teguran.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments