Muncul dengan penampilan baharu, nampaknya penyanyi Ameng (Spring) menggunakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya apabila tubuh badannya dilihat semakin mengecil dan kurus.
Menurut isterinya, Sabariah Zakariah, belia akui vokalis kumpulan Spring itu berjaya mengawal pemakanannya sehingga perubahan saiz badannya kelihatan sangat berbeza jiika dibandingkan sebelum ini.
Ujarnya, lelaki tersebut juga tidak terlepas mengunjungi pusat kecergasan untuk melakukan senaman selepas kerajaan melonggarkan syarat PKP.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Sabariah menerusi sebuah posting di laman Instagramnhya baru-baru ini.
“Sejak awal PKP 18 Mac sehingga sekarang Encik hubby nekad.. kawal sendiri polar makanan dia. Tiga bulan pertama tak boleh ke gim sebab PKP.”
Seperti sudah dijangka, rata-rata pengikut menzahirkan rasa teruja dengan perubahan yang dilalui penyanyi terbabit. Malah wujud juga segelintir pihak yang tidak putus memuji suaminya.
Sekitar Julai lalu, Sabariah memaklumkan bahawa suaminya telah berjaya menurunkan berat badan lebih 18 kilogram dalam masa tiga bulan.
Terdahulu dalam sebuah kenyataan media, Sabariah sebelum ini akui bengang apabila peminat sering menegur saiz badan suaminya yang kelihatan berisi.
Bagaimanapun, beliau mendedahkan bukan mudah untuk suaminya tampil dengan penampialn terkini terutamnyanya dalam mengawal pemakanan.
Untuk rekod, Ameng dan isteri mempunyai seorang anak lelaki bernama Wah Ahmad Haizal yang kini berusia 13 tahun.
Sumber: mStar
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments