Berkongsi berita gembira apabila proses pembedahan bariatric atau ‘ikat’ perut mula menunjukkan perkembangan positif, pelakon Abby Abadi mendedahkan berat badannya sudah menurun selepas dua minggu melalui proses pembedahan tersebut.
Ujarnya, beliau kini dilihat makin yakin untuk bergambar memandangkan bentuk badannya kini lebih kecil berbanding dahulu.
“Walaupun dah dua minggu, baru turun 5 kilogram, tapi nak posing juga sebab badan rasa kurang lemak-lemak degil. Pembedahan bariatric memang bantu menceriakan hari-hari saya.
Abby bagaimanapun sempat menyeru orang ramai untuk menjalani rawatan tersebut. Hal ini kerana, kesan positif jelas kelihatan terhadap dirinya.
“Semoga yang diluar sana yang berat atas 80kg, 100kg terutamanya dengan berbagai-bagai penyakit, buatlah, usahakan.”
Lebih menarik, Abby juga dikhabarkan mula memuat naik gambar terkini dirinya memakai baju-baju lama.
“Sekarang dah boleh dah. Jeans tu pun sama, beli tak cubam, maing agak-ahak, hari ini baru boleh pakai,” katanya yang gembira dengan perkembangan positif selepas melakukan pembedahan tersebut.”
Terdahulu, Abby tidak segan memaklumkan bahawa dirinya terpaksa melakukan pembedahan ikat perut demi mengelakkan masalah berat badan yang semakin sukar dikawal apabila sudah mencecah 92kg.
Malah, Abby sebelum ini juga pernah meluahkan hasratnya untuk menurunkan berat badan selepas suami memintanya untuk menjaga kesihatan.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments