Menjawab dakwaan mengatakan baju untuk aktiviti berbasikal yang dijual olehnya menciplak rekaan yang terdapat di internet, pelakon Hanez Suraya mendedahkan rekaan yang dimuat naik olehnya itu hanyalah sekadar contoh sahaja untuk mengumpul respon dan saiz pelanggan.
Menurutnya, rekaan bajunya itu masih belum dimuktamadkan lagi. Hal ini kerana, beliau memaklukan pihaknya hanya sekadar mengemukan contoh semata-mata buat tatapan pelanggan.
“Kami mahu membuat ‘survey’ mengenai saiz pelanggan. Jika pelanggan klik link yang diberikan, kami akan mengambil maklum balas dan saiz mereka. Kami akan menghubungi mereka yang telah terlebih dahulu memberikan respon dan saiz mereka.
Ujar Hanez, minatya dalam aktiviti lasak berbasikal ini menyebabkan idea untuk tampil dengan jenama pakaian HypeNez muncul.
“Jenama ini memberi fokus terhadap bidang kesihatan, berbasikal, kecantikan dan tenaga. Untuk produk pertama, kami akan mengeluarkan baju yang sesuai untuk aktiviti berbasikal.
Katanya lagi, segalanya masih dalam perancangan, malah tidak menolak untuk mengembangkan lagi perniagaannya pada masa akan datang.
“Dalam perancangan, saya akan wujudkan HypeNez Cycling Club dan HypeNez Cycling Cafe. Ia merangkumi kedai kopi, jual aksesori, cuci dan servis basikal.
Terdahulu, Hanez dilihat menyuarakan pendapat mengenai kecaman dihadapi oleh wanita bertudung yang terlibat dengan sukan berbasikal. Berikutan itu, beliau dikhabarkan tampil menyeru orang ramai supaya berfikiran positif.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments