Tempoh hari, kecoh di media sosial apabila anak kepada penyanyi dangdut popular tanah air, Mas Idayu iaitu Nur Dayini mendakwa ibu tirinya, Reena Arina menghalang untuk berjumpa bapa kandungnya, pelakon Aman Graseka.
Tidak mahu dirinya dipersalahkan, Reena dikhabarkan tampil bersuara berikutan hal terbabit. Menurut Reena, suaminya sudah lama tidak menghubungi Dayini kerana berkecil hati dengan tindakan anak gadisnya itu yang memburukkan nama baik ibu tirinya di laman Instagram.
Malah, gadis itu juga difahamkan tidak dapat menerima bahawa dirinya kini sudah mempunyai adik tiri.
Saya suruh Aman supaya hubungi anaknya, tapi dia tak nak sebab kecil hati dan terkilan Dayini burukkan saya dan adiknya yang kini berusia setahun.”
Lebih perit, gadis itu juga dikatakan langsung tidak hadir menziarahi ketika pemergian neneknya.
“Abang kata Dayini sepatutnya hormat dia sebagai bapa. Malah semasa neneknya meninggal pun mereka tak datang ziarah. Mungkin itu sebab Aman kecil hati.
Bagaimanapun, Reena tampil menjelaskan dakwaan Aman menyekat nombor anaknya di WhatsApp. Ujar Reena, telefon bimbit suaminya rosak dipercayai digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Abang tak block dia. Hari itu telefon abang kena hack, kami semua terkejut segala maklumat dalam telefon hilang termasuklah nombor telefon dan mesej.”
Terdahulu, Mas Idayu dilihat menzahirkan rasa berang apabila mendapati namanya dikaitkan dengan perbalahan antara anaknya dengan Reena sehingga dirinya didakwa tidak pandai mendidik anak.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments