#Hiburan: Followers Fasha Sandha Naik 5 Juta Lepas Bersalin

Mengakui jumlah pengikutnya di laman Instagram meningkat sehingga lima juta pada hari kelahiran anaknya yang diberi nama Aisha Amaira Mohd Aidil, pelakon Fasha Sandha zahir rasa teruja dengan perkhabaran tersebut.

Followers Fasha Sandha Naik 5 Juta Lepas Bersalin

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Fasha tidak ketinggalan menzahirkan ucapan terima kasih buat semua pengikut dan peminatnya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan buat dirinya dan keluarga.

View this post on Instagram

Assalamualaikum, . Pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan #iburayfalrayshaaisha Alhamdulillah , Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik2 untuk ibu saya sejak dulu lagi…. Nama saya , AISHA AMAIRA BINTI MOHD AIDIL Yang membawa maksud, Bahagia dan Cantik Selamanya. ❤ Ibu Aisha sangat kuat, hari kedua ibu dah kemas barang2 dan balik rumah. . Aisha adalah anak ke 5 ibu dan ayah tau… lagi 2 anak ibu ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah 2 kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa dan tak putus doa. Al Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga. Kepada ibu2 yang pernah melalui nasib yang sama dengan ibu ayah Aisha, jangan putus asa , Allah is the best planner. . Sebelah ibu Aisha ni namanya Nenek Kamisah (Tokmi) dialah matchmaker ayah ibu sehingga Aisha dilahirkan. ❤🤗 @kam2u . Ayah @itsaidilaziz Aisha sayang Ayah, terima kasih sebab bantu ibu jaga Aisha kadang Aisha berjaga and poopoo at night 🤗😁 Love, Aisha Amaira ❤

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

“Pengikut ibu naik ke 5M hari Aisha dilahirkan, ramainya yang sayangkan ibu, Alhamdulillah. Terima kasih pengikut ibu yang selalu mendoakan baik-baik untuk ibu saya sejak dulu lagi.”

Dalam pada itu, Fasha turut menasihatkan golongan ibu supaya tidak berputus asa dan terus berdoa apabila berdepan keguguran seperti yang pernah dialaminya.

Followers Fasha Sandha Naik 5 Juta Lepas Bersalin

“Aisha adalah anak kelima ibu dan ayah. Dua lagi anak ibu dan ayah sudah dalam syurga Allah. Ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha. Tapi, ibu dan ayah Aisha kuat, tak pernah putus asa. Al-Fatihah untuk kakak dan abang Aisha di syurga.”

Di ruangan kapsyen yang sama, Fasha tidak terlepas berkongsi maksud di sebalik nama anaknya yang membawa erti bahagia dan cantik selamanya.

Followers Fasha Sandha Naik 5 Juta Lepas Bersalin

Untuk rekod, Aisha dilahirkan pada 7 Ogos lalu hasil perkahwinan Fasha dengan Aidil yang sah bergelar pasangan suami isteri pada 30 Mac tahun lalu. Ia adalah perkahwinan kedua Fasha selepas berpisah dengan bekas suami, Jejai.

Fasha juga sebelum ini mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma menerusi perkahwinan pertamanya dahulu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments