#Hiburan: Akui Pernah Terdesak Nak Cari Suami, Ain Edruce Dedah Pernah Mencari Jodoh Di Laman Sosial Tinder

Kini, terdapat pelbagai saluran boleh dikunjungi jika berniat ingin mencari jodoh ataupun teman hidup. Seperti contoh, media sosial seperti aplikasi Tinder, Omi, Facebook dan banyak lagi.

Nampaknya, pelakon dan pengacara Ain Edruce juga tidak terkecuali mempunyai pengalaman menggunakan aplikasi seperti yang dinyatakan di atas.

Perkara tersebut didedahkan menerusi saluran Youtube milik Shalma Ainaa yang baru-baru ada membuat satu cabaran iaitu Tinder Challenge menampilkan personaliti Ain Edruce bersama-sama dengan suaminya, Amirul Hafiz.

Dalam cabaran itu, Ain yang kini berusia 29 tahun telah berkongsi pengalaman pernah mempunyai akaun Tinder sebelum bekahwin dengan suaminya kini. Mengakui menggunakan aplikasi itu untuk mencari jodoh dan pasangan hidup sehingga boleh dianggap sebagai ‘terdesak’.

“Aku ada Tinder sebelum aku kenal Amirul. Masa tu aku sangat terdesak perlukan suami. Disebabkan kawan aku yang cerdik cadangkan aku cuba, jadi aku pun cubalah. Tapi ni cerita 3 tahun yang lepaslah,”

View this post on Instagram

Thank you @amirul_hafizz for the wonderful dinner ??? You rock ma worldddd???????? Okay. Saya dah 29 tahun today. HAPPY BORNDAY AIN. Keep making your family proud.??? #ainturns29

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

View this post on Instagram

Raya ?? Raya tahun ni kite dah ade bff for lyfe @amirul_hafizz ???

A post shared by NURULAIN BT EDRUCE (@ainedruce) on

 Bercerita lagi, pada hari pertama dia menggunakan aplikasi itu, Ain menggunakan foto utama yang tidak jelas sekadar untuk mencari kenalan yang jujur dan tidak kisah akan rupa paras.

“Hari pertama guna Tinder, aku terus letak gambar aku yang tak nampak sangat muka aku. Sebab motif aku nak cari orang yang tanpa melihat wajah aku. Aku nak cari orang jujur dan ikhlas,”

Namun, Ain mengambil keputusan untuk memadam akaun Tinder miliknya setelah identitinya diketahui namun dia sempat untuk ‘swipe right’ dan ‘swipe left’, katanya berseloroh.

Ain Edruce sebelum ini telah bernikah dengan lelaki pilihannya, Amirul Hafiz pada tanggal 13 Disember tahun 2019 yang lalu.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments