Sebelum ini, tular luahan seorang lelaki bergelar ustaz yang kononnya berasa terkilan dengan pengunjung yang hadir membanjiri Dataran Putrajaya seawal 2 pagi bagi melihat perbarisan Hari Kemerdekaan yang ke-67.
Dakwa ustaz tersebut, kebanyakkan pengunjung yang hadir melihat perarakan itu tidak menunaikan solat Subuh dan ia melalaikan umat Islam.
Terbaru, di platform TikTok, tular video seorang pengguna memaparkan ramai rakyat Malaysia beragama Islam beratur di luar tanda waktu Subuh bagi mengambil wuduk untuk menunaikan solat.
Bahkan, dapat dilihat ada yang menunaikan solat di bawah pokok, di kawasan pejalan kaki, atas jalan dan di tepi bangunan sekitar dataran.
Difahamkan, ada juga pengunjung yang menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang terletak di Presint 3 iaitu hanya beberapa meter dari Dataran Putrajaya.
The post “Ada Atas Jalan, Bawah Pokok” – Sambut Hari Kemerdekaan Di Dataran Putrajaya, Pengunjung Tak Tinggal Solat Subuh first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments