#Hiburan: Dah Lafaz Cerai Tapi Saya Tidak Mahu Perkahwinan Ini Berakhir – Radhi OAG

Boleh dikatakan sejak kebelakangan ini, setiap hari kita akan dengar berita artis bercerai. Terbaru, perceraian vokalis kumpulan OAG iaitu Radhi dan isterinya Nur Shahira Ayu Zahiri yang sah bercerai pada 25 Mac lalu.

Bagaimanapun, ada khabar agak gembira buat pasangan ini apabila Radhi memberitahu mereka akan ke mahkamah syariah pada Isnin depan untuk proses rujuk.

Benar, saya telah melafazkan talak satu kepadanya. Tetapi, saya tidak mahu perkahwinan ini berakhir. Allah telah beri kita pilihan (untuk menyelamatkan perkahwinan), jadi kita gunakan pilihan tersebut.

Ditanya mengenai pengumuman perceraian yang dibuat oleh bekas isterinya, Radhia bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen. Hanya mahu berfikiran positif sahaja atas tindakan Ayu.

Saya bersangka baik dengan dia. Mungkin dia rindu saya selepas lima hari tidak bertanya khabar.

Dikala ramai juga netizen yang sedih dengan siri episod perceraian artis, akhirnya ada juga khabar gembira. Lumrah berumaht angga, dugaan dan cabaran sentiasa datang dan pergi, pasang dan surut tidak mengenal masa. Pasangan mana yang tidak bergaduh dan rumah tangga mana yang tidak akan dilanda badai. Hanya perlu banyak belajar, bertolak ansur dan bersabar.

Sumber Berita : Kosmo Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments