#Hiburan: Berhenti Cucuk Muka Sebab Mahu Dapatkan Anak – Siti Elizad

Lumrah kerjaya sebagai seorang artis, pastinya mereka harus menjaga wajah agar  kelihatan cantik dan menarik.

Namun, buat pelakon Siti Elizad yang sudah berkahwin selama empat tahun,  mendedahkan dia telah berhenti membuat rawatan kecantikan wajah sejak setahun yang lalu demi mendapatkan zuriat. Menurut Elizad, potensi untuk hamil lebih tinggi sekiranya dia berhenti melakukan suntikan pada wajah.

Tipulah kata tak pergi tempat kecantikan, setakat cucuk-cucuk (rawatan wajah) saya buat tetapi bukan berlebih-lebih. Tapi sekarang ni saya tinggalkan rawatan itu sebab nak dapatkan anak. Doktor tak cadangkan untuk buat apa-apa takut mengganggu.

Lagipun saya ada cyst dan baru saja menjalani pembedahan kali kedua untuk membuang 4 kilogram cyst dalam badan. Oleh itu, saya tak digalakkan mengambil suntikan atau makan produk kecantikan sebab dia akan ikut membesar.

Sudah lama teringin untuk bergelar ibu, Elizad berharap dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata pada tahun ini. Malah, dia juga sudah mula mengambil ubat kesuburan sebagai langkah awal.

Rawatan saya bermula daripada bawah, selama ini saya tak tak pernah cerita sebab sebenarnya saya mencuba setiap tahun. Jadi sekarang doktor menyarankan saya mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan rawatan ke peringkat IUI atau IVF.

Kami doakan agar segalanya dipermudahkan buat Elizad dan suami. Jangan pernah putus asa dan terus berusaha, pastinya akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments