Beberapa hari lalu, pelakon Fasha Sandha dikejutkan dengan berita sedih dimana beliau mengalami keguguran ketika kandungannya mencecah usia enam minggu. Fasha akui sebab keguguran kandungan itu adalah kerana silap beliau yang tidak mengikut pesan doktor untuk tidak terlalu lasak ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dikala ramai yang mendoakan agar beliau dan suami, Aidil Aziz kekal tabah, ada pula individu yang meninggalkan komen agak biadab menyindir tindakan Fasha berkongsi tips cepat hamil sehingga terlupa tips untuk tidak gugur.
Tampil membidas komen tersebut, Fasha menjelaskan tujuan beliau berkongsi tips hamil hanyalah sekadar untuk berkongsi ilmu dengan peminat.
Fasha juga memberitahu, beliau juga tidak serik berusaha untuk hamil lagi selepas ini.
Itulah kata orang, dikala kita dalam kesusahan ataupun ditimpa ujian, pasti akan ada seseorang yang menambahkan lagi duka di hati, mengkritik perbuatan kita seakan dirinya sudah cukup sempurna. Apa-apa pun, kami harap Fasha terus tabah, tidak perlu tertekan dengan segala komen negatif.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments