#Hiburan: Sam Bunkface Minta Maaf Rahsiakan Perceraian

Penyanyi Sam Bunkface akhirnya tampil mengakui sudah bercerai dengan isterinya, penerbit rancangan, Aida Azira Hussin pada Januari lalu.

Perpisahan itu dibuat atas persetujuan bersama demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Menerusi akaun Instagramnya, Sam tampil memohon maaf kepada orang ramai kerana merahsiakan berita perceraiannya itu selama beberapa bulan. Sam memerlukan masa yang sesuai untuk mengumumkan berita tersebut kerana ingin menjaga privasi dan perasaan keluarganya dan Aida.

Tambah Sam, meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungannya bersama Aida masih baik dan kekal berhubung antara satu sama lain bagi urusan anak mereka.

Terdahulu, Aida tampil mendedahkan dia dan Sam sudah bercerai pada hujung Januari lalu. Mahligai rumah tangga yang dibina hampir empat tahun itu musnah disebabkan tiada lagi persefahaman antara mereka.

Aida dan Sam mendirikan rumah tangga pada 25 April 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments