Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada personaliti televisyen terkenal, Ally Iskandar bernikah dengan gadis pilihan hatinya, Marlina Ibrahim pada Sabtu lalu.
Ally selamat bergelar suami kepada Marlina dengan sekali lafaz . Kedua-duanya tampak cantik dan kacak mengenakan persalinan warna putih sedondon.
Pasangan ini dinikahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di Temerloh, Pahang dengan mas kahwin bernilai RM22.50 dan senaskhah kitab suci Al-Quran.
Tidak dinafikan perkahwinan Ally mengejutkan ramai dan netizen mula membanjiri ruangan komen di akaun Instagram bekas isterinya, Farah Lee. Mereka bertanyakan soal perkahwinan Ally.
Respon Farah Lee
Sudah lama ‘move on’
Menjawab segala persoalan netizen, Farah menjelaskan dia sudah mengetahui hasrat Ally untuk berkahwin sejak awal lagi. Farah akui dia juga tumpang gembira dengan berita tersebut dan mendoakan kebahagiaan bekas suaminya. Perkara itu langsung tidak membuatkan dia sedih seperti yang dianggap oleh orang ramai.
Terdahulu, Ally dan Farah mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012, namun pasangan itu bercerai pada 17 Ogos 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Maream Esabel.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments