#Hiburan: Bekas Pelawak Senario Ditahan Polis, Terlibat Pergaduhan Dan Positif Ganja

Seorang bekas pelawak kumpulan terkenal, Senario  bersama dua rakannya telah ditahan polis dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel di Taman Maluri, Cheras pada Selasa lalu.

Ketika pemeriksaan badan dilakukan ke atas suspek wanita, pihak polis menemukan satu paket plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.55 gram.

Kesemua suspek diberkas  selepas pihak polis menerima aduan berhubung satu pergaduhan yang berlaku di hotel berkenaan pada jam 5.45 petang.

Hasil ujian air kencing mendapati pelawak itu positif dadah jenis ganja manakala dua lagi suspek positif dadah amphetamine.

Siasatan lanjut juga mendapati pelawak terbabit mempunyai empat rekod jenayah membabitkan dadah selain dikehendaki polis berhubung kes di Hulu Klang.

Pelawak itu direman selama sehari sebelum dibebaskan semalam, manakala dua lagi rakannya direman selama tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sumber Berita : Kosmo Online & Malaysiakini


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments