#Hiburan: Yuna Bakal Berkolaborasi Dengan Jay Park?

Selepas kejayaan kolaborasi bersama dalam album terbaru Epik High, kini penyanyi antarabangsa Yuna seakan memberikan gambaran beliau bakal berkolaborasi dengan rapper terkenal Korea Selatan, Jay Park.

Yuna yang kini berada di Seoul, Korea memuat naik foto dirinya bersama Jay Park menerusi akaun Instagramnnya.

Menguatkan lagi spekulasi berkenaan, Jay Park turut memuat naik gambarnya bersama dengan Yuna dari sudut yang berlainan di sebuah studio rakaman.

Rata-rata peminat mengharapkan kolaborasi antara kedua-dua penyanyi ini akan terjadi dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan kejutan daripada Yuna dan Jay Park, tentunya gabungan mereka akan menghasilkan karya yang gempak.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments