Sejak kebelakangan ini, isu rumah tangga pasangan Fizo Omar dan Mawar Karim yang didakwa sedang bergolak mendapat perhatian ramai. Fizo juga pernah memberitahu perkahwinannya itu mempunyai masalah dan redha sekiranya jalan perpisah adalah yang terbaik buat mereka.
Kali ini, Mawar pula tampil mengakui ada mendapatkan khidmat peguam dan merujuk masalah rumah tangganya itu pada pejabat agama untuk untuk mendapatkan nasihat mengenai kemelut yang sedang dihadapi.
Katanya, apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka kini adalah rahsia antara dirinya dengan Fizo. Mawar menganggap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
Harapnya netizen tidak cepat membuat andaian dan spekulasi sendiri yang hanya akan memburukkan lagi keadaan sedangkan mereka tidak mengetahui cerita sebenar.
Sama-sama kita doakan agar pasangan ini dapat menyelesaikan segala kemelut dengan baik dan tidak putus asa mempertahankan rumah tangga yang dibina.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments