Dalam berumah tangga, tidak salah untuk pasangan suami isteri saling hormat-menghormati, barulah perkahwinan itu kekal harmoni dan bahagia.
Namun, tindakan Shuib Sepahtu yang meminta izin isteri tercinta, Siti Sarah untuk membeli motosikal Yamaha Y15 berwarna kuning dikecam dan dilabel dayus oleh sesetengah netizen. Seorang lelaki adalah ketua keluarga dan menanggung dosa isteri, untuk apa pula hendak merendahkan diri mendapatkan kelulusan isteri?
Dihimpit dengan pelbagai komen negatif, Siti Sarah akhirnya tampil bersuara mengenai isu ini dan meluahkan rasa kesal suaminya dilabelkan dayus.
Kata Sarah, Shuib boleh sahaja membeli motosikal tersebut tanpa perlu meminta izinnya, tetapi kerana rasa tanggungjawab sebagai seorang suami, Shuib memberitahunya perkara itu. Apa salahnya untuk berterus-terang dengan isteri sendiri?
Bagaimanapun, Sarah tidak menyimpan sebarang perasaan dendam dan berdoa supaya Allah ST mengampunkan dosa mereka yang sudah menyakiti hati suaminya itu.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments