#Hiburan: Bekas Isteri Chef Fikree Nafi Tuduhan Ada Kaitan Dengan Penyebaran Mesej Lucah

Kontroversi kes curang melibatkan chef selebriti, Chef Fikree Aznan dengan seorang wanita berstatu isteri orang pada bulan Ramadhan lalu cukup hangat diperkatakan. Chef Fikree dikatakan curang beberapa kali termasuk bersama seorang personaliti televisyen yang juga berstatus isteri orang.

Terbaru, menerusi media sosial seorang netizen mendedahkan ‘screenshot’ perbualan lucah antara seorang chef selebriti dan juga seorang pembaca berita wanita.

Beberapa foto wanita itu tanpa seurat benang juga turut dikongsikan dalam perbualan WhatsApp itu selepas diminta oleh chef selebriti berkenaan demi melempiaskan nafsunya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, netizen mula membuat andaian ia berkaitan dengan kes curang Fikree. Pelbagai spekulasi liar timbul termasuk tuduhan mengatakan pendedahan itu mungkin ada kaitan dengan bekas isterinya, Sharifah Zuerihan.

Bagaimanapun, bekas isteri Fikree menafikan tuduhan tersebut dan mengatakan dia sudah ‘move on’.

Kes curang melibatkan personaliti TV dan selebriti tanah air sekarang semakin menjadi-jadi. Ada sahaja pendedahan hangat disebarkan.

Sumber Berita : Astro Gempak


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments