#Hiburan: Penerbit A. Aida Dan Ariff Aziz Sah Bercerai Talak Satu

Belum sampai setahun, mahligai yang dibina oleh penerbit drama popular, A. Aida dan pelakon baru, Ariff Aziz musnah tidak sampai setahun.

A.Aida mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan Ariff pada 25 April lalu. Perkahwinan mereka hanya mampu bertahan lebih kurang sembilan bulan.

Tidak mahu mendedahkan punca beliau bercerai, A. Aida bagaimanapun redha dengan perpisahan itu dan mengambil keputusan untuk mengumumkan perceraiannya kerana enggan timbul salah faham dan spekulasi mengenai statusnya dan bekas suami.

Saya anggap jodoh kami tidak panjang dan akur dengan ketentuan ini. Siapa yang kahwin mahu bercerai-berai.

Hidup mesti diteruskan dan saya kini, ingin memberi fokus kepada tiga anak, selain perniagaan baharu iaitu produk kecantikan dan pakaian senaman. Saya harap penjelasan ini dapat meleraikan segala spekulasi mengenai status kami.

Aida dan Ariff berkahwin pada 21 Julai 2018 selepas tiga bulan bercinta. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penerbit drama itu.

Sumber Berita : BH ONLINE


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments