#Hiburan: Cukuplah Buat Saya Macam Pengemis – Bekas Isteri Dakwa Dihalau Chef Fikree

Nampaknya kontroversi kemelut rumah tangga Chef Fikree yang hangat diperkatakan sejak minggu lalu masih belum berakhir.

Sekali lagi bekas isterinya, Sharifah Zuriehan Ben Yahya membuat pendedahan menerusi akaun Instagram mendakwa Fikree telah menghalaunya dan anak mereka, Jayden dari rumah sewa selepas tiga hari diceraikan.

Dalam pada itu, Zuriehan berkata, dia sudah beberapa kali cuba memujuk bekas suaminya itu untuk menyelamatkan perkahwinan mereka, namun segala usahanya gagal dan tidak diendahkan.

Terdahulu, Zuriehan mendakwa Fikree juga tinggal sebumbung dengan skandalnya biarpun di bulan Ramadhan yang mulia. Malah, Zuriehan turut mendakwa ini bukan kali pertama lelaki itu berlaku curang,  sebelum ini dia juga pernah berbalas mesej berbaur lucah dengan seorang pengacara TV9.

Bagaimanapun, Fikree dalam satu kenyataan menafikan segala tuduhan dia berlaku curang dan minta diberi ruang untuk menyelamatkan rumah tangganya.

Sumber Berita : mStar Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments