#Hiburan: Semoga Alif Temui Pengganti Yang Lebih Baik – Bella Astillah

Wanita boleh memaafkan, namun untuk melupakan, adalah satu perkara yang sukar. Apa yang terjadi kepada Bella Astillah sememangnya satu episod hitam buat bekas isteri Aliff Aziz ini. Ditipu berkali-kali oleh insan yang paling dipercayai, Bella kini sudah puas meratapi nasib diri dan enggan lagi memilih jalan hidup yang sama dengan bekas suaminya itu.
bella astillah

Walaupun ada pihak yang menginginkan Aliff dan Bella bertaut kembali, namun bagi Bella kisahnya dengan bekas suaminya itu telah tamat. Kini adalah masa untuk dirinya menjalani hidup yang baru dan mencari kebahagiaan untuk dirinya sendiri. Malah Bella turut mendoakan agar Aliff Aziz bertemu pengganti yang lebih baik.

Kata Bella Astillah:-

Bohong jika saya tidak bersedih menerima hakikat perpisahan. Saya puas menangis dan air mata juga sudah kering. Saya tertanya-tanya dalam hati, apa salah dan silap diri ini? Saya sepatutnya belajar mencintai diri sendiri terlebih dahulu, bukan berkorban segala-galanya, namun akhirnya kepercayaan saya disia-siakan.

Saya berharap dengan perpisahan ini, Aliff akan menemui pengganti yang lebih baik. Kami sudah memilih hidup masing-masing, harapnya selepas ini semua berjalan dengan lebih baik. Jika tertekan dengan dugaan hidup, pergilah berkawan dengan orang yang betul. Dapat kawan yang salah, hidup akan hancur. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana itu pilihannya selama ini

bella astillah

Abang Nara percaya ramai lelaki di luar sana yang akan lebih menghargai wanita setia seperti Bella Astillah. Insya Allah pasti akan ada lelaki sejati yang akan mencintai Bella sepenuhnya satu hari kelak. Buat masa ini, lebih baik Bella tidak terburu-buru untuk bercinta. Berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Bagi diri yang terluka itu berehat terlebih dahulu. Suatu hari nanti barulah kembali mencari cinta semula. Sumber Berita Harian.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments