Tidak dinafikan kes perceraian penerbit Datuk A. Aida dan pelakon Ariff Aziz antara topik hangat diperkatakan oleh netizen pada minggu ini. Bercerai buat kali keempat, perkahwinan penerbit itu hanya mampu bertahan selama 10 bulan sahaja.
Bagaimanapun, A. Aida akui dia redha dengan ketentuan takdir, begitu juga dengan anak-anaknya yang tumpang bahagia dan menyokong keputusan yang dibuat oleh ibu mereka.
Dua anak perempuannya iaitu Wan Az Aleesa dan Wan Azevanatassha hanya mahu melihat ibu tercinta mereka bahagia dan gembira.
Pastinya apa sahaja keputusan yang dibuat oleh ibu adalah hasil perbincangan bersama anak-anak. Asalkan ibu gembira, kami turut sama-sama tumpang bahagia. Sepatutnya, mereka masih berada dalam fasa bulan madu yang membahagiakan, namun nampaknya ibu lebih bahagia apabila membuat keputusan untuk berpisah. Jadi, jika keputusan yang diambil ini lebih menggembirakan ibu, kami sentiasa berada di belakangnya.
Cuma, mana-mana lelaki yang ingin berkahwin dengan ibu perlu memenangi hati anak-anak dan keluarga terlebih dahulu.
Sebenarnya, sejak awal lagi mereka sudah menasihati ibu untuk mengenali hati budi seseorang lelaki dengan lebih lama lagi sebelum membuat keputusan untuk bernikah, tetapi A. Aida tetap memilih untuk bercinta selepas kahwin.
Dalam pada itu, Aleesa dan Azevanatassha menjelaskan mereka tidak akan pernah menghalang, andainya ibu mereka berhasrat untuk medirikan rumah tangga lagi di masa akan datang.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments