#Hiburan: (VIDEO) “Dalam Hati Tuhan Je Tahu” – Sajat Menangis Di TikTok, Ucap Terima Kasih Kongsi Resipi Kuih

Tular di aplikasi X dan TikTok hari ini mengenai sedutan video TikTok milik usahawan kosmetik, Nur Sajat yang dilihat memasak kuih hasil resipi pemberian pengikutnya di media sosial.

Dalam video itu, Sajat yang memasak kuih seri muka itu dilihat menangis teresak-esak sambil mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang memberi resipi tersebut.

Advertisement

Terima kasih you all, terima kasih sangat, sumpah sedap. Terima kasih ajar Sajat tau. Memang Sajat teringin sangat.

Dia yang tidak terhenti-henti mengucapkan terima kasih itu sempat membuat live TikTok menunjukkan dia sedang memasak kuih itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil meninggalkan ucapan tahniah buat Sajat kerana berjaya menghasilkan kuih meskipun hanya berdasarkan resipi yang diberikan peminat.

Namun, ada juga yang meluahkan rasa sedih apabila melihat Sajat menangis teresak-esak mungkin kerana rindukan keluarga dan anak-anak di Malaysia.

Sekadar info, Sajat kini menetap di negara Australia dan memulakan perniagaan di sana selain bergelar show girl di negara itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sajt
5 days ago

"It's Show Time Babe.." - Netizen Risau Lihat Sajat Jadi 'Show Girl', Bimbang Keadaan Dalam Kubur Kelak

The post (VIDEO) “Dalam Hati Tuhan Je Tahu” – Sajat Menangis Di TikTok, Ucap Terima Kasih Kongsi Resipi Kuih first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments