#Hiburan: Remaja 15 Tahun Diperkosa Dua Lelaki Rohingya Di Klebang

Memetik Berita Harian Online, seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan telah diperkosa dua orang lelaki warga asing yang baru dikenali di satu taman permainan.

Kejadian yang berlaku di Batu Berendam itu turut disahkan Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah di mana pihaknya telah menerima satu laporan yang dibuat oleh abang mangsa pada hari sama kejadian itu berlaku di Balai Polis Batang Tiga.

Advertisement
PolisSumber : Google  

Difahamkan, mangsa berusia 15 tahun itu yang masih bersekolah telah keluar daripada rumah pada 14 September kira-kira jam 2 petang untuk bersiar-siar bersama seorang lelaki Rohingya berusia 14 tahun yang baru dikenalinya.

Lelaki itu yang juga suspek pertama membawa mangsa menaiki motosikal sekitar jam 4 petang sebelum bertemu dengan seorang lagi lelaki Rohingya berusia 27 tahun (suspek kedua) di sebuah restoran di Klebang.

Mereka kemudiannya pergi bersiar-siar dengan menaiki kereta Proton Preve dipandu suspek kedua sebelum mangsa dirogol oleh kedua-dua lelaki itu di dalam kenderaan berkenaan di tepi pantai di kawasan itu. Selepas dirogol mangsa ditinggalkan di sebuah taman permainan di kawasan Batu Berendam.

Kedua-dua suspek yang merupakan seorang penganggur dan peniaga memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Suspek itu telah ditahan polis dan akan direman tujuh hari bermula 15 hingga 21 September bagi tujuan siasatan lanjut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Kes terpotong kepala zakar
24 hours ago

Hanya Peroleh RM123,556, Kes Terpotong Kepala Zakar Gagal Dapat Ganti Rugi RM3.1 Juta

The post Remaja 15 Tahun Diperkosa Dua Lelaki Rohingya Di Klebang first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments