#Hiburan: “Maksiat Yang Berat” – Pasangan Artis Muat Naik Video ‘Soft P*rn’ Atas Alasan Cari Rezeki, Ustazah Asma Tak Diam Diri

Baru-baru ini, pasangan selebriti popular telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat selepas berani memuat naik video mandi bersama di dalam kolam dan berlakon seperti sedang ‘ghairah’.

Biarpun pasangan itu adalah suami isteri yang sah, ramai pendakwah tampil memberi teguran bahawa ia adalah salah sama sekali dan aktres terbabit turut memberi alasan bahawa dia serta suami lakukan itu atas alasan mencari rezeki.

Advertisement

Tidak berdiam diri, pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil berkata ia adalah maksiat yang dilakukan secara terbuka dan berat.

Bahkan berkata pasangan tersebut tidak sepatutnya menjadi perbuatan itu untuk ditonton oleh awam biarpun atas alasan dibayar.

Bila saya tengok, Astaghfirullah memang mengucap panjang walaupun suami isteri perbuatan itu adalah haram untuk dipertontonkan dan memang berdosa besar.

Dalam pada masa yang sama, Ustazah Asma turut menegur netizen yang menyokong perbuatan pasangan tersebut dan meminta agar mereka ambil iktibar dari kisah kaum Nabi Luth.

Akhir kata, Ustazah Asma berharap agar tiada lagi pasangan selebriti mengulangi kesalahan yang sama berikutan ramai akan menonton video terbabit dengan penuh hawa nafsu.

fasha sandha
2 weeks ago

Fasha Sandha 'Up' Adegan Dalam Air Dengan Aidil, Teruk Dikecam Warganet - "Makin Menjadi Jadi Plak Dia Ni"

The post “Maksiat Yang Berat” – Pasangan Artis Muat Naik Video ‘Soft P*rn’ Atas Alasan Cari Rezeki, Ustazah Asma Tak Diam Diri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments