#Hiburan: “Itu Hak Dia Sebagai ‘Parents’ Bilal” – Neelofa Dikecam Gara-Gara Kecewa Sekolah Tidak Bagi Akses CCTV, PU Riz Disuruh Jadi ‘Guard’ Pula

Baru-baru ini, selebriti terkenal Noor Neelofa meluahkan rasa kecewa gara-gara sekolah yang dipilih untuk anak sulung, Muhammad Bilal tidak membenarkan ibu bapa mengakses atau melihat kamera litar tertutup yang dipasang di dalam sekolah.

Perkara tersebut diluahkan isteri kepada PU Riz ini menerusi satu hantaran di Instagram Story sekaligus menjadi bahan berita di media hiburan tempatan.

Advertisement

Neelofa IG Story

Minggu depan, Bilal akan memulakan sesi pra sekolah, dan saya bertanyakan sama ada ibu bapa boleh mengakses CCTV di sekolah memandangkan kawan saya dibenarkan untuk berbuat demikian di sekolah anaknya.

Tapi, sekolah yang saya rancang untuk Bilal memulakan sesi pra sekolah tidak membenarkan untuk berbuat demikian.

Namun begitu, perkongsian Neelofa itu menerima reaksi negatif warga maya di aplikasi X terutamanya kerana ramai yang menganggap ibu kepada dua anak itu paranoid dan memiliki ‘main character sindrome’.

Malah, ada yang mengkritik Neelofa agar ‘home schooling’ saja Bilal dan tidak perlu menghantarnya ke sekolah jika mempunyai banyak permintaan.

TwitterSumber : Twitter  

Kalau cara tu tak berkesan. Boleh cuba cara lain. Apply jadi cikgu sekolah tu. Tak pun minta suami jadi guard sekolah. Boleh pantau dari pagi sampai ke pagi besok.

Dalam banyak-banyak kritikan negatif, di satu sisi yang lain ramai juga netizen yang mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang menempelak permintaan Neelofa kerana merasakan ia adalah hak mereka sebagai ibu bapa.

Apatah lagi di saat terlalu banyak kes kecuaian dan keganasan di sekolah terutamanya pusat asuhan dan tadika pra sekolah, meminta untuk melihat dan mengakses CCTV dilihat perlu dan tidak perlu dipersoalkan lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Nourul Depp
17 hours ago

"Kami Sakit, Dia Jaga, Ayu Anak Yang Baik" - Nourul Depp Bengang, Minta Netizen Berhenti Buat Spekulasi Bukan-Bukan

The post “Itu Hak Dia Sebagai ‘Parents’ Bilal” – Neelofa Dikecam Gara-Gara Kecewa Sekolah Tidak Bagi Akses CCTV, PU Riz Disuruh Jadi ‘Guard’ Pula first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments