#Hiburan: “Ibu Tiri Pun Layak Dihormati” – Anak Perempuan Daddy Khazrul Luah Penghargaan Buat Zarina Anjoulie

Bakal anak tiri kepada pelakon Zarina Anjoulie, Syareen tampil meluahkan rasa penghargaan buat tunang bapanya itu di Instagram.

Syareen menzahirkan rasa bertuah kerana disayangi Zarina dan beranggapan ibu tiri juga berhak menerima penghormatan daripada seorang anak.

Advertisement

Terima kasih mama @anjoulielavocah1 sebab selalu baik dengan Syareen. Ibu tiri berhak mendapat penghormatan yang sama yang akan diterima oleh seorang ibu. Mereka mencurahkan semua masa, tenaga dan kasih sayang kepada seorang anak yang bukan dari mereka.

Kedua-duanya kelihatan mesra ketika hadir bersama di majlis pelancaran dan pengumuman Fasha Sandha sebagai duta jamu Beunita baru-baru ini.

Terdahulu, pelakon kontroversi ini mengumumkan bahawa dia sudah berbaik dengan bekas tunang, Datuk Khazrul.

Meskipun mereka berdua sebelum ini dilihat sering bertelagah dan saling bertukar kata makian di media sosial, Anju memaklumkan dia dan Khazrul ingin melupakan perkara itu dan memulakan hidup baru.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zarina Anjoulie
3 days ago

"Dua-Dua Rindu, Tak Boleh Hidup Tanpa 'Papa'" - Zarina Anjoulie Dedah Sebab Kembali Bertunang Dengan Khazrul, Dah Malas Cari Orang Lain

The post “Ibu Tiri Pun Layak Dihormati” – Anak Perempuan Daddy Khazrul Luah Penghargaan Buat Zarina Anjoulie first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments