Tidak terlepas berkongsi kisah kehidupannya selepas dikurniakan cahaya mata, penyanyi Kaka Azraff akui banyak pengorbanan yang dilakukan sapabila bergelar ibu.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagramnya, Kaka dilihat tampil berkongsi sedikit rasa apabila menjadi seorang ibu, sama ada yang berkerjaya mahupun yang menjadi suri rumah sepenuh masa.
“Nak buat apa-apa pun fikir anak dulu. Nak makan, nak kemas rumah, nak exercise, nak mandi pun tak senang. Thats my life now. Respect semua mom dalam dunia ni, kerja atau tak kerja.”
Katanya, perasaan hiba itu datang secara tiba-tiba. Malah langsung tidak menolak dirinya akan mengalirkan air mata andai berdepan dengan situasi yang kurang menyenangkan.
“Sama je penat dia. Kan? Rasa nak nangis bila penat, dah nangis dah pun tapi bila tengok anak menari-nari, buat muka comel terus hilang rasa penat tu. Mommy love you Aslan!”
Tidak ketinggalan, Kaka dilihat tampil bersoloroh di hujung kapsyen posting tersebut.
“Dalam penat and kabut hidup ni, styling tetap nak.”
Untuk rekod, Kaka telah sah bergelar isteri kepada Adam Azriff pada 2018. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments