Dituduh menipu tentang sumbangannya kepada masyarakat ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini, pelawak tersohor tanah air, Man Raja Lawak didakwa oleh seorang individu yang menyatakan pelawak tersebut hanya sekadar berani cakap kosong.
Menurut individu yang dikenali sebagai Adam Mazwan, Man khabarnya telah menipu rakyat Malaysia kononnya memberi bantuan ribuan ringgit kepada orang ramai semata-mata mahu kelihatan ‘hero’ di mata masyarakat.
Tetap dengan pendiriannya yang mahu menegaskan Man seorang yang penipu, beliau kini dilihat satu persatu membongkar muslihat pelawak tersebut.
“Allah bayar cash, sekarang kau makin tak popular. Kena ingat tau hidup ni jangan pernah menipu. Aku tau, kau dengan geng-geng kau sokonglah macam mana pun aku tetap tau.”
Tuduhan itu mula mendapat perhatian Man dan telah dimuat naik olehnya menerusi posting di laman Instagram sejak semalam.
Kelihatan agak terkesan dengan tuduhan tersebut, Man bagaiamanpun dilihat langsung tidak takut mempelawa individu terbabit bertemunya di balai polis untuk mengemukakan bukti seperti yang diminta.
“Jom dik jumpa abang kat balai..abang tunjuk semua bukti depan mata kau nanti. Lepas tu abang saman kau pulak. Abang dapat duit RM4 juta, Abang bagi sumbangan lagi pasal abang memang nak nampak HERO di mata masyarakat.”
Tidak hanya berakhir di situ sahaja, Adam juga dilihat turut mencabar Man mengemukakan saman terhadapnya dan mendakwa mengenali pelawak tersebut dengan rapat.
“Saman la.. kita tengok siapa yang menang kes kat mahkamah. Bawak bukti transaksi atau bukti sedekah dulu kata bank in je kan?”
Biarpun begitu, Adam juga turut mendakwa, tindakan Man menularkan komen ditulisnya juga adalah untuk tujuan mencari publisiti selain meminta pelawak tersebut bertaubat.
Sehingga kini, masih belum mendengar makulm balas daripada pihak Man. Diharapkan segala permasalahan yang berlaku ini mampu bertemu jalan penyelesaian sebaik mungkin.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments