#Hiburan: Elly Mazlein Akui Tak Sempat Tunai Permintaan Arwah Abu Bakar Juah

Mendedahkan dirinya sempat menziarahi pelakon veteran, Abu Bakar Juah pada awal bulan lalu, pelakon Elly Mazlein akui terkilan dan sedih apabila tidak kesampaian untuk memenuhi permintaan arwah untuk makan Kari Kepala Ikan.

Elly Mazlein Akui Tak Sempat Tunai Permintaan Arwah Abu Bakar Juah

Beliau yang pada ketika itu menjemput pelakon itu hadir ke rumah untuk menajmu selera sekadar hanya mampu merancang kerana tidak sempat merealisasikan perancangan tersebut.

View this post on Instagram

Sempat jmpa Ayah Awal bln ari tu . Kata mama & Zarith ,ayah xde selera nak mkn . Masa Sharifah dtg ( Ayah Abu Bakar suka pnggil sy dgn nama Sharifah),Ayah cuba mkn sbab nak Sharifah Happy .. Sharifah smpat tanya ,Ayah nak mkn apa ,nnti Sharifah masak .. Ayah ckp nak mkn kari Kepala Ikan .. ok nnti Ayah dtg umah Sharifah, Sharifah masak utk Ayah . Kita mampu merancang Allah yg menentukn . Sedih x sempat nak masak utk ayah . Sbenarnya dah bg tau Zarith (Anak Ayah Abu Bakar Juah) yg Sharifah jnji nak dtg ari ni Ziarah Ayah, tp.. . Allah lbih syg kan Ayah . Ayah tngu ya ..Sharifah dtg skrg nak tgk Ayah buat kali terakhir & seperti mana yg Sharifah jnji nak dtg ari ni . Ayah tngu ya .. . Al-Fatihah buat Ayah

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein) on

“Sharifah sempat tanya, ayah nak makan apa, nanti Sharifah masak.. Ayah cakap nak makan Kari Kepala Ikan. Ok nanti ayah datang rumah Sharifah, Sharifah masak untuk ayah. Kita mampu merancang Allah yang menentukan. Sedih tak sempat nak masak untuk ayah.”

Bagaimanapun, Elly memaklumkan beliau tetap akan menunaikan janji untuk melawat arwah seperti mana yang diberitahu kepada anak arwah dahulu.

Elly Mazlein Akui Tak Sempat Tunai Permintaan Arwah Abu Bakar Juah

“Sebenarnya dah bagi tau Zarith (anak ayah Abu Bakar Juah) yang Sharifah janji nak datang hari ini ziarah ayah, tapi Allah lebih sayangkan ayah. Ayah tunggu ya.. Sharifah datang sekarang nak tengok ayah buat kali terakhir dan seperti mana yang Sharifah janji nak datang hari ini. Al-Fatihah buat ayah.”

Terdahulu, Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.35 petang di kediamannya Sabtu lalu.

Elly Mazlein Akui Tak Sempat Tunai Permintaan Arwah Abu Bakar Juah

Untuk rekod, Abu Bakar disahkan menghidap kanser usus pada 2016. Selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon veteran itu bebas daripada cengkaman kanser. Namun awal tahun ini, pihak hospital mengesahkan penyakit yang dihadapi kembali menyerang, malah lebih agresif hingga sudah merebak ke hati.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments