#Hiburan: “Siapa Pun Akan Pilih Duit Pada Waktu Sekarang..”, Azza Elite Tampil Beri Komen Isu Wanita ‘Gold Digger’

Pelakon dan penyanyi Azza Elite baru-baru ini telah tampil memberikan sepatah dua kata mengenai sebuah video ‘prank’ yang tular baru-baru ini.

Mengimbas kembali, video tersebut telah memaparkan sebuah saluran di YouTube yang dikatakan telah menguji tahap kesetiaan seorang wanita terhadap teman lelakinya apabila ditawarkan sejumlah wang yang banyak.

Menurut Azza, dia menyifatkan kandungan video tersebut sebagai tidak bermanfaat dan tidak sepatutnya dihasilkan. Lebih-lebih lagi apabila sekadar mahu mengenakan dan memerangkap seorang wanita yang sedang berada dalam kesulitan.

“Adakah kalian masih hidup dalam tahun 2010? Kandungan sebegini totally shit! Sampah faham? Sesiapa pun akan pilih duit dalam keadaan situasi sekarang ini. Melainkan anda memiliki perniagaan sendiri dan kaya,”

Dia yang meluahkan perasaan berang dengan intipati video berkenaan di laman instagramnya itu turut menjelaskan bahawa program tersebut seolah-olah seperti mahu mencemarkan kehormatan yang patut diberikan kepada seorang wanita.

Azza turut meminta supaya mereka di luar sana supaya lebih menghormati wanita. Terdahulu, ‘content’ YouTube yang diterbitkan oleh saluran Bros Gang TV ini telah dikecam hebat oleh netizen kerana telah meng’umpan’ seorang wanita yang terdesak dengan wang ringgit sehingga sanggup curang dengan teman lelakinya.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments