#Hiburan: Lama Tidak Nampak Di Kaca TV, Haneesya Hanee Nafi Dirinya Artis Sendu

Dikhabarkan agak lama tidak melihat kelibat dirinya beraksi di kaca televisyen, model dan pelakon sensasi, Haneesya Hanee dikatakan sering dilabel netizen sebagai artis sendu.

haneesya hanee nafi dirinya sendu

Biarpun begitu, Haneesya yang popular dengan sikap profesionalnya itu dilihat langsung tidak melenting digelar sedemikian rupa. Menurutnya, beliau baru sahaja bertatih dalam dunia lakonan, jadi gelaran artis sendu adalah tidak sesuai diberkan kepadanya.

“Saya baru sahaja bertapak dalam industri seni, berapa kerat sangat drama yang dibintangi, jadi ia bukanlah gelaran yang sesuai ditujukan kepada saya. Lainlah, jika sudah lama saya berlakon.”

Tambah Haneesya, dirinya seakan tanya-tanya adakah disebabkan kemenangan Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada tahun lalu atau kontroversi yang menghimpit diirnya menyebabkan syarikat produksi tidak berani mengambilnya kerana bimbang bersikap ‘demanding’.

haneesya hanee nafi dirinya sendu

Katanya, beliau bukanlah jenis yang suka meletakkan harga. Hal ini kerana, kali terakhir dirinya beraksi di hadapan kamera adalah menerusi drama Curi-Curi Cinta pada tahun lalu.

“Bagaimanapun, saya bersyukur rezeki dalam dunia peragaan masih tidak berhenti. Begitu juga ulasan produk, jadi melalui dua sumber inilah saya meraih pendapatan menanggung keluarga.”

Terdahulu, nama Haneesya kecoh diperkatakan di media sosial apabila rakaman video yang menyaksikan dirinya dilihat tampil ghairah berparti liar dan bersosial di kelab malam tular dan menjadi bualan hangat segelintir pihak.

haneesya hanee nafi dirinya sendu

Bukan sedikit kontroversi yang menerjah kehidupannya, namun ia sesekali melunturkan semangat untuk meneruskan perjuangan.

Untuk rekod, Haneesya sebelum ini pernah dimahkotakan gelaran Dewi Remaja 2018/2019, dek tularnya video yang memaparkan aksi kurang sopan tersebut, kemenangannya itu ditarik balik kerana peserta terbabit dikhabarkan melanggar syarat penyertaan dan kontrak pertandingan.

Sumber: BH Online


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments