#Hiburan: Datang Mahkamah Lepas Subuh, Pelawak Mat Over Terus Menyokong Setia Di Belakang DS Najib

Semalam yang merupakan hari bersejarah Malaysia apabila prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berlangsung di atas pertuduhan kes penyelewengan melibatkan kira-kira RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd.

Oleh disebabkan itu, ramai penyokong DS Najib di luar sana telah datang berhimpun di kawasan mahkamah semalam untuk memberi sokongan padu kepada bekas Perdana Menteri tersebut. Malah, dalam- dalam ramai penyokong tersebut, terlihat juga kelibat pelakon dan pelawak, Mat Over yang turut terlibat sama dalam perhimpunan tersebut.

Kredit foto: Muhaamad Nafis Nawawi

Ketika ditemui, Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin berkata dia telah tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas waktu subuh lagi kerana bimbang tidak dapat masuk kerana jumlah orang yang hadir terlalu ramai.

 Mat Over berkata bahawa dia sanggup hadir ke mahkamah seawal waktu itu kerana  mengenangkan jasa DS Najib kepada rakyat.

“Saya dari dulu memang penyokong Najib kerana beliau seorang yang ikhlas menolong rakyat. Sebab itu saya datang juga hari ini bagi menyatakan sokongan kepadanya, cuma apabila mengetahui Najib dijatuhkan hukuman bersalah, saya agak tidak suka,”

Semalam, keputusan Mahkamah telah mensabitkan DS Najib bersalah di atas pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn. Bhd. Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman tersebut setelah pihak pembelaan gagal membuktikan kes tersebut melampaui keraguan yang munasabah.

Sumber: Harian Metro


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments