#Hiburan: “Selamat Datang Ke Dunia..”- Bella Astillah Dan Aliff Aziz Pilih Nama Ara Adreanna Buat Anak Kedua, Comel Sangat!

Setelah selamat melahirkan anak kedua mereka dua minggu lalu, Bella Astillah baru-baru ini telah mendedahkan wajah anak perempuannya yang telah diberi nama Ara Adreanna.

Foto wajah puteri kedua Bella dan juga pasangannya, Aliff Aziz itu telah dikongsi menerusi laman sosial Instagram milik Bella. Dia turut berkesempatan untuk meluahkan rasa syukur di atas proses kelahiran anak keduanya itu. Mengakui tugas sebagai seorang ibu sangat memenatkan, namun dia gembira menjalani kehidupan tersebut.

View this post on Instagram

So precious and small.. Welcome to the world, lil’ princess @araadreanna ?? (mini me) Being a mom has made me so tired. AND SO HAPPY! I’m so blessed. Alhamdulillah ? P/s: thank you mama @eina_astillah jahitkan baju untuk Ara pada malam sebelum photoshoot?? mama jahit pakai tangan jak, so sweet of you :’)

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

“Sangat kecil dan berharga..Selamat datang ke dunia, puteri kecilku @araadreanna. Menjadi seorang ibu memang sangat memenatkan tapi saya gembira. Saya berasa sangat bersyukur, Alhamdullilah.”

Dalam pada masa yang sama, Bella turut mengucapkan terima kasih buat ibunya Eina Astillah kerana sempat menjahitkan baju buat puterinya itu sempena sesi penggambaran ibu dan anak.

View this post on Instagram

SWING LEAF TRB ? @babycute_cutey Actually this is for my newborn baby, sangat berguna dan yang penting selesa for my baby AA and sometimes Ayden pun guna bila tgk tv sbb selesa. My baby pun selesa sbb kalau boleh bella tak nak gunakan buaian and Alhamdulillah swing leaf ni memudahkan bella lagi2 tengah pantang ? yang penting tak payah keluar beribu riban sbb murah je! @babycute_cutey

A post shared by T E N A N G (@bellaastillah) on

 Dia yang berpakaian sedondon berona hijau bersama dua orang anaknya kelihatan ceria walaupun tanpa kehadiran Aliff Aziz di sisi.

Aliff yang kini berada di Singapura masih belum berkesempatan untuk pulang ke Malaysia dek kerana pintu sempadan yang masih ditutup berikutan wabak pandemik COVID-19 yang masih berlaku ketika ini.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments