#Hiburan: Demi Saham Akhirat, Aznil Nawawi Berjaya Kumpul RM31,000 Bantu Pusat Tahfiz

Mengakui terkesan dengan kedaifan hidup anak-anak tahfiz Maahad Tahfizul AlQuran, pengacara teroshor tanah air Datuk Aznil Nawawi, tampil menghulurkan bantuan dengan mengumpul dana bagi mengurangkan beban yang ditimpa golongan ini.

aznil kumpul saham akhiratMenurut Aznil, bagi membaiki kediaman anak-anak tahfiz yang berdepan banyak kerosakan ini, beliau dikhabarkan bertindak menjalankan satu kempen kutipan dana di laman Instagramnya memohon jasa baik para pengikut untuk menyalurkan sumbangan.

View this post on Instagram

Berkat dari sekecil2 sedekah hingga ke sebesar2nya, sejumlah RM31k (RM16k + RM15k) telah diserahkan ke Maahad Tahfizul AlQuran Anawiyah Ulu Langat ini. Lebih sebak bila usaha baik pulih ini dilakukan secara sendirian oleh ayah kepada salah seorang anak tahfiz secara Percuma. Hanya Allah yg dapat membalas kebaikannya di sana nanti. #paknil pohon agar masih ada yg sudi menghulurkan bantuan Aznil Nawawi Maybank 564735801178 14256010025102 Bank Islam Maahad Tahfizul AlQuran Anawiyah

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm) on

“Saya juga nak kejar saham akhirat. Dalam masa sama, saya juga nak ajak semua ke arah sama. Ini antara cara saya nak membantu apa adanya.”

Ujar Aznil, beliau kini bagai mampu menghembus nafas lega apabila ramai dalam kalangan pengikutnya bermurah hati mengurangkan beban yang menimpa mereka. Tambahnya lagi, sebanyak RM31,000 berjaya dikumpul setakat ini untuk disalurkan ke pusat tahfiz itu hasil berkat derma orang ramai termasuk peminatnya.

aznil kumpul saham akhirat

“Alhamdulillah, ada ramai yang bermurah hati mengurangkan beban sekaligus membantu pihak pusat tahfiz ini memperbaiki apa yang kurang. Sejak PKP lalu mereka terus diuji.”

Untuk rekod, Aznil sebelum ini dikatakan pernah menganjurkan majlis khatam Al-Quran untuk anak tahfiz disitu. Menguatkan lagi fakta bahawa dirinya mahu mengumpul saham akhirat, Aznil juga mendedahkan hatinya pernah terdetik untuk mengambil beberapa orang daripada anak tahfiz itu sebagai anak angkat.

Sumber: mStar


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments