#Hiburan: Berseluar Ketat Melakukan Aktiviti Berbasikal, Hanez Suraya Seru Orang Ramai Berfikiran Positif

Menyuarakan pendapat mengenai kecaman dihadapi oleh wanita bertudung yang terlibat dengan sukan berbasikal, pelakon Hanez Suraya tampil menyeru orang ramai supaya berfikiran positif.

hanez suraya selura ketat ketika berbasikal

Menurutnya, mahu kekal sihat merupakan salah satu faktor mengapa dirinya meminati sukan berbasikal.

“Bukan senang nak jadi female cyclist ni. Especially yang bertudung. Ada je kecaman. Cuba fikir positif, berbasikal kan aktiviti bersukan, niat nak kayuh supaya badan sihat, jantung sihat,”

Hanez bagaimanapun bangkit memberikan penjelasan mengapa seluar yang digunakan untuk sukan berbasikal agak ketat.

hanez suraya selura ketat ketika berbasikal

“Seluar basikal tu memang macam tu, design ketat dan padding untuk keselesaan dan keselamatan, saya pernah pakai seluar trek yang longgar sikit, tersangkut pula kat seat (pada yang faham) sangat bahaya.”

Ujar pelakon yang popular menerusi drama bersiri Autumn Di Hatiku itu lagi, kaum hawa juga layak untuk berbasikal tanpa menerima sebarang kecaman daripada mana-mana pihak.

View this post on Instagram

Bukan senang nk jd female cyclist ni. Especially yg bertudung. Ada je kecaman. Cuba fikir positive, berbasikal kan aktiviti bersukan, niat nk kayuh supaya badan sihat, jantung sihat. Seluar basikal tu mmg mcm tu, design ketat dan padding utk keselesaan dan keselamatan, saya pernah pakai seluar trek yg longgar sikit, tersangkut pulak kat seat (pd yg faham) sgt bahaya. Utk org di luar sana, bila fikiran korg positive, korg pasti akn nmpk perkara yg baik2 sahaja, begitu juga sebaliknya. Kaum hawa pun nk juga berbasikal tanpa di kecam. Kalau pakaian saya agak tak senonoh di mata korg, jangan tengok! Unfollow je k. Saya cuma share pasal my healthy lifestyle. Peace ✌🏻 . Caption by Mader & President @siputforever

A post shared by Hanez Suraya ™ (@hanezsuraya) on

” Kaum hawa pun nak juga berbasikal tanpa di kecam.”

Susulan perkara tersebut, Hanez juga tidak terlepas menitip pesanan buat mereka yang menganggap pakaian sukan berbasikal yang digayakannya kelihatan tidak senonoh supaya segera berhenti mengikutinya di laman sosial.

hanez suraya seluar ketat ketika berbasikal

“Kalau pakaian saya agak tak senonoh di mata anda, jangan tengok! Unfollow sahaja okay.”

Untuk rekod, Hanez dilihat semakin aktif berbasikal sekitar bulan lalu. Malah turut melakukan aktiviti tersebut bersama suaminya Romie Razin Adilha Abdul Jais. Selain Hanez, ramai lagi barisan selebriti tempatan yang gemar melakukan sukan berbasikal antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali, Zizan Razak, Hawa Rizwana dan Hairul Azreen.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments