#Hiburan: Selepas Anak Perempuan, Datin Shahida Dedah Anak Lelakinya Pula Alami Disleksia

Mendedahkan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau mesra disapa sebagai Baem telah disahkan mengalami Disleksia, usahawan Datin Seri Nur Shahida akui masalah itu juga telah dialami oleh anak perempuannya, Qadejah El Zahra sebelum ini.

datin shahida anak disleksia

“Sebenarnya saya bawa Baem pergi buat ujian Disleksia, lepas buat ujian, dia disahkan mempunyai Disleksia sama macam Qadejah, bulan depan masuk sekolah baru lah Baem ya.”

Bagaimanapun, Shahida dikhabarkan langsung tidak panik dan menerangkan situasi sebenar yang dialami oleh kanak-kanak Disleksia.

View this post on Instagram

Dating dgn anak bujang hari ni…sebenarnya bawa baem g buat ujian disleksia…..lepas buat test comfirm la ada disleksia sama mcm qadejah….bulan depan masuk sekolah baru la baem ya😅.. . Disleksia ni bukan kecacatan ya…dia cuma ada maslaah pembelajaran….cara nya x sama mcm kanak2 biasa…mereka perlu ada cara khas utk mengajar mereka…so parents jgn susah hati ok

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

“Disleksia ini bukan kecacatan ya, ia cuma ada masalah pembelajaran, caranya tak sama macam kanak-kanak biasa.”

Tambah Shahida, ibu bapa juga disaraan supaya tidak susah hati dengan masalah yang menimpa anak mereka. Hal ini kerana, hanya cara pembelajaran sahaja berbeza berbanding kanak-kanak lain.

datin shahida anak disleksia

 

Untuk rekod, berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, Disleksia merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus yang berlaku pada kanak-kanak.

Kebiasaannya, kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah dalam menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha dengan gigih.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments