Difahamkan dari laporan Reuters, putera mahkota Arab Saudi memaklumkan kerajaan mereka akan melabur sebanyak $600 bilion di Amerika Syarikat untuk tempoh empat tahun akan datang.
Arab Saudi labor berbilion untuk Amerika Syarikat
Putera mahkota mengesahkan hasrat kerajaan untuk meluaskan pelaburan dan perdagangannya dengan Amerika Syarikat dalam tempoh empat tahun akan datang, dalam jumlah $600 bilion, dan berpotensi melebihi itu.
Bagaimanapun, kerajaan Saudi tidak mendedahkan di mana pelaburan serta perdagangan tersebut diletakkan.
Dalam pada masa yang sama, beberapa sumber daripada luar A.S mendakwa panggilan antara Trump dan putera mahkota Arah Saudi mengenai pelaburan ini merupakan panggilan pertama dibuat oleh A.S.
Yakin A.S rakan global terbaik
Selepas pelantikan sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin lepas, Donuld Trump bercakap tentang kemungkinan menuju ke kerajaan Saudi semula sebagai perjalanan asing pertamanya seperti dilakukannya pada tahun 2017.
Perjalanan asing pertama biasanya dengan U.K. tetapi … saya melakukannya dengan Arab Saudi kali terakhir kerana mereka bersetuju untuk membeli produk kami bernilai $450 bilion.
Pihak Arab Saudi yakin Amerika Syarikat merupakan rakan global terbaik untuk membantu mereka dalam aspek ekonomi selain daripada pertahanan.
The post Yakin Rakan Global Terbaik & Mahu Eratkan Hubungan, Arab Saudi Melabur $600 Bilion Untuk Amerika Syarikat first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments