Pempengaruh dan usahawan yang dikenali dengan nama Prince Syed dan isterinya, Fatin Syazwani Ishak sering meraih perhatian netizen di media sosial kerana fesyen mereka yang dianggap berlebihan.
Terbaru, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun telah memberikan teguran kepada isteri Prince Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman menerusi ruangan komen di Facebook.
Balut tubuh, bukan tutup aurat
Tulis Asma’, berfesyen itu tiada salahnya selagi tidak tabarruj (berlebihan) dan melanggar syariat selain turut menegur pemakaian Fatin Syazwani yang lebih kepada membalut tubuh dan bukannya menutup aurat.
Isteri yang tuan cintai itu membalut bukan menutup. Islam tidak larang kita berfesyen dan berpakaian indah, tapi Allah mengharamkan Tabarruj (berlebihan dan menarik perhatian sehingga langgar syariat).
Tambah Asma’, sesuatu yang berlebihan akan lebih menjatuhkan maruah dan tidak akan menaikkan martabat seseorang individu.
Terima dengan lapang dada
Syed bagaimapun tidak melenting dengan teguran itu sebaliknya menerimanya dengan hati yang terbuka dan akui apa yang dikatakan pendakwah tersebut benar.
Tersentak juga bila dapat teguran begitu, tapi saya terima dengan lapang dada kerana apa yang dikatakan itu memang betul. Sebahagian orang mungkin tak dapat terima teguran terbuka, tapi saya ambil positif dan tak boleh nak melatah kerana sedar diri saya memang tak sempurna.
Ujar Syed, dia sebagai suami akan cuba mendidik dan bantu isterinya perbaiki penampilan dengan cuba melonggarkan pakaian dan juga kurangkan apa yang terlebih.
Dalam pada itu, Syed juga berkata dia ada menghantar mesej di Whatsapp kepada pendakwah itu untuk memberi penjelasan dan memaklumkan bahawa dia menerima teguran tersebut.
Selagi menjadi suami, saya akan pastikan isteri menutup aurat, tapi perubahan itu tak boleh drastik, kena perlahan-lahan dan bukan buat kerana ikut apa orang inginkan semata-mata.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Prince Syed Tersentak Isteri Ditegur Ustazah Asma Harun, Terima Dengan Lapang Dada – “Isteri Tuan Membalut, Bukan Menutup” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments