#Hiburan: “Dia Cakap Jangan Baik Sangat, Orang Baik Selalu Pergi Dulu…” – Rupanya Banyak Petanda Sebelum Isteri Meninggal Dunia

Suami kepada Allahyarham Nur Izzaty Hafizah Abuhuraira, 19, yang menghembuskan nafas terakhirnya pada 6 Januari lepas iaitu  Amirul Nafis Amirnuddin masih terngiang-ngiang dan teringat kata-kata terakhir arwah kepadanya.

Papa, peluklah mama…tak nak peluk mama ke?

Itu ungkapan terakhir isterinya sebelum meninggal dunia dalam pelukan suami setelah pulang dari bercuti di Pulau Pinang bersama anak mereka berusia dua bulan, Muhammad Faleeq Haq Amirul Nafis.

Amirul, 27, turut berkongsi pemergian isterinya itu secara mengejut kerana tidak menghidap sebarang penyakit atau menunjukkan tanda-tanda sakit.

Nur Izzaty Hafizah meninggal dalam pelukan suami

Ceritanya, mereka tiba di rumah di Rawang dari Pulau Pinang pada jam 1 pagi dan sempat bermain dengan anak sebelum tertidur jam 2.30 pagi.

Kata Amirul, dia kemudian dikejutkan untuk solat Subuh dan sementara itu isterinya membuatkan susu dan berikan pada anak mereka.

Selesai semuanya, dia beritahu nak tidur dan saya tersedar jam 9 pagi apabila terdengar isteri seolah menggelupur sebelum menarik nafas kuat dan terkulai. Saya terus memanggil ayah naik ke atas dan cuba beri bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum ambulans tiba.

Nur Izzaty Hafizah meninggal dalam pelukan suami

Nur Izzaty Hafizah bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 9.45 pagi oleh kakitangan perubatan yang tiba di rumah mereka.

Dia (isteri) memang sihat, tak ada sakit malah bacaan darah dan gulanya juga baik hasil pemeriksaan di klinik kesihatan kerana dia seorang yang menjaga pemakanan.

Hasil pemeriksaan selepas proses bedah siasat di hospital mendapati terdapat tompokan jangkitan kuman pada paru-paru isterinya.

 

Rupanya ada banyak ‘tanda’

Amirul turut berkongsi dia tidak menyedari rupanya isterinya ada menunjukkan beberapa ‘tanda’ sebelum pergi meninggalkannya dan anak.

Antaranya isteri minta hendak guna kad kredit saya untuk langsaikan semua hutangnya tiga hari sebelum meninggal dunia.

Nur Izzaty Hafizah meninggal dalam pelukan suami

Tambahnya, isteri juga sempat membeli pelbagai barangan keperluan bayi dan seolah-olah ia bekalan untuk anak mereka dan dia juga sempat membawanya ke restoran kerana teringin makan daging wagyu.

Dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang ke rumah pula, isteri letak tangannya di pipi saya dan ucap terima kasih, dia beritahu kepada saya jangan baik sangat kerana orang baik selalu pergi dulu, tapi rupanya dia yang terlebih dulu tinggalkan saya.

Advertisement

Allahyarham dikatakan seorang yang ceria dan disenangi oleh seluruh ahli keluarga dan pemergiannya cukup dirasai kerana arwah mempunyai peribadi yang sangat baik.

anggota tentera baru dapat anak meninggal dunia
3 months ago

Baru Dapat Anak Sulung, Anggota Tentera Meninggal Dunia Ketika Latihan - “Arwah Sempat ‘Upload’ Gambar Bercuti Sehari Sebelum Pergi...”

The post “Dia Cakap Jangan Baik Sangat, Orang Baik Selalu Pergi Dulu…” – Rupanya Banyak Petanda Sebelum Isteri Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments