#Hiburan: Taktik ‘Scam’ Terbaru Datang Lagi! Individu Pesan Jangan Mudah ‘Scan’ Kod QR Pada Kertas Saman

Jenayah scam merupakan salah satu bentuk penipuan yang semakin berleluasa di negara kita.

Ia merujuk kepada tindakan menipu atau memperdaya seseorang untuk mendapatkan keuntungan secara tidak sah, biasanya melalui saluran komunikasi seperti telefon, emel, atau media sosial.

Advertisement

scammer

Scammer, atau penipu, akan menggunakan pelbagai taktik untuk memperdayakan mangsa mereka, termasuk janji-janji palsu, pemalsuan identiti, atau ancaman yang menakutkan.

Baru-baru ini, seorang individu telah berkongsi di Instagram Reels mengenai pengalaman rakannya yang menerima satu kertas berbentuk seperti kertas saman di cermin hadapan keretanya.

Menurut individu tersebut, kertas saman itu merupakan salah satu taktik terbaru para scammer untuk memperdaya mangsa.

Dia turut memberitahu sekiranya kod QR yang tertera pada kertas tersebut di scan, berkemungkinan besar duit daripada bank dan e-wallet akan hilang kerana telah digodam oleh scammer. 

Yang paling bahaya QR code dalam kertas tu.

contoh kertas saman scam

contoh kertas saman yang diberikan oleh scammer

Kalau korang scan, korang punya duit dalam Touch n Go, bank akan hilang.

Individu tersebut turut menasihati orang ramai agar membuat pembayaran saman sama ada di balai polis atau bayar menerusi aplikasi MyJPJ sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Owen Khor (@owen.khor.520)

Dinasihatkan agar orang ramai lebih berhati-hati sekiranya ingin mengimbas sebarang kod QR yang tertera pada mana-mana kertas.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

rugi lebih 600ribu duit kwsp ditipu scammer
2 days ago

Habis Licin Duit KWSP Lebih RM600,000 Ditipu ‘Scammer’ Pelaburan Di Media Sosial

The post Taktik ‘Scam’ Terbaru Datang Lagi! Individu Pesan Jangan Mudah ‘Scan’ Kod QR Pada Kertas Saman first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments