Nampak gayanya rezeki tidak memihak kepada petarung hebat kita iaitu Johan Ghazali (Joj0) selepas dia tewas dalam pertarungan sengit ONE170 bersama Johan Estupinan.
Difahamkan, Jojo terpaksa akur dengan kekalahan tersebut menerusi keputusan pengadil.
Biarpun Jojo mewakili Rentap Muaythai Gym memaparkan pertarungan hebat selama tiga pusingan yang dilakukan di Bangkok itu, tetapi lawannya iaitu Johan Estupinan berjaya mengawal gelanggang hingga membuatkan kemenangan berpihak kepadanya.
Sekadar info, Jojo merupakan atlet muda berusia 18 tahun dari Malaysia-Amerika, di mana dia memiliki rekod 6-1 di ONE Championship, dengan lima kemenangan melalui ‘knock-out’. Jojo dikenali sebagai petarung yang mempunyai gaya agresif.
The post Johan Ghazali Kalah Dengan Johan Estupinan Dalam ONE170 Melalui Keputusan Pengadil first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments