Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun melahirkan rasa positif apabila pengumuman genjatan senjata di Gaza yang bakal berlaku Ahad ini seolah-olah memberi bayangan Starbucks Malaysia akan kembali ‘bersinar’.
Memetik dari MalaysiaGazette, ia berkata, dengan adanya genjatan senjatan itu, sudah tidak ada keperluan untuk memboikot jenama Starbucks lebih-lebih lagi ia adalah syarikat milik negara ini.
Sekarang sudah ada berita genjatan senjata di Gaza, ini memang satu berita bagus buat semua. Gaza akan aman kembali, itu yang kita semua mahu.
Jadi, untuk apa mahu boikot Starbucks lagi? Tidak ada keperluan lagi.
Sebelum ini, jutawan tersebut sudah beberapa kali menegaskan bahawa tindakan memboikot Starbucks hanya akan merugikan rakyat Malaysia malah dia mendedahkan hampir 85 peratus pekerja kopi itu dalam kalangan muslim di negara ini.
Dalam pada itu, dia turut memberitahu persaingan dalam perniagaan dilihat sebagai satu perkara yang positif bagi memastikan mutu serta kualitinya sentiasa terjamin pada setiap masa.
Apa juga perniagaan, pastinya ada banyak persaingan. Pada saya ia positif dan tidak banyak yang perlu saya risaukan.
Kita juga ada beberapa strategi bagi memastikan jenama ini terus menjadi pilihan utama tetapi pastinya ini ‘rahsia’, tidak boleh didedahkan begitu sahaja.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
The post “Keadaan Akan Aman, Jadi Untuk Apa Mahu Boikot Lagi?” – Vincent Tan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments