Penyanyi, Fairuz Selamat yang keluar daripada kumpulan Q-Face memaklumkan dia telah difitnah menghidap HIV gara-gara keputusannya itu.
Fairuz,40, meskipun perkara itu sudah lebih 20 tahun berlalu, namun dia memilih untuk tidak mendedahkan kepada umum.
Itu antara detik terendah dalam hidup saya. Bayangkan, saya baru berusia 16 tahun ketika itu. Ada pihak tulis surat layang kepada wartawan menuduh saya ada penyakit HIV, minum arak dan berkelakuan liar.
Perkara itu walau bagaimanapun tidak dihebahkan wartawan namun dimaklumkan kepada abangnya.
Saya memang ‘down’ sewaktu perkara tersebut berlaku. Saya masih mentah dan tak tahu macam mana nak berhadapan dengan fitnah sebesar itu. Lebih membuatkan saya sedih apabila ada orang dalam industri memerli saya kalau terjumpa.
Berikutan itu, Fairuz pada ketika itu nekad meninggalkan dunia nyanyian dan menyambung pengajian.
Tetapi kini saya lebih matang dan sudah tahu bagaimana nak kawal sekiranya difitnah lagi. Alhamdulillah, apabila kembali aktif dengan menyertai GV11, tiada lagi fitnah yang berat dan mengaibkan.
Malah, sokongan yang saya terima sekarang lebih baik daripada apa yang pernah saya kecapi sewaktu menjadi penyanyi 24 tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Penyanyi Fairuz Gegar Vaganza 11 Difitnah Hidap HIV – “Ia Adalah Detik Terendah Dalam Hidup” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments