Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan seorang wanita dikepung oleh beberapa orang polis trafik dan juga orang awam.
Difahamkan, wanita tersebut memandu secara berbahaya serta cuba melanggar anggota polis itu di persimpangan Jalan Imbi – Jalan Sultan Ismail.
Wanita tersebut dipercayai cuba melanggar anggota trafik itu kerana dia mahu melarikan diri setelah enggan berhenti meskipun diarahkan untuk berbuat demikian.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman mengesahkan kejadian tersebut dan laporan berkaitan kejadian diterima kira-kira 7.56 petang.
Wanita berkenaan telah ditahan oleh pihak polis dan untuk siasatan lanjut dan telah direman selama dua hari. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
The post Seorang Individu Ditahan Selepas Memandu Secara Berbahaya, Didakwa Hampir Langgar Polis Trafik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments