Pelakon dan pengacara popular, Elly Mazlein mengaku berlaku perselisihan faham di antara dia dan Nabil Ahmad ketika mereka bersama-sama mengendalikan All Star Gegar Vaganza (ASGV) dua tahun yang lalu.
Menurut Mstar, Elly atau atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, disebabkan oleh perkara itu, dia merajuk dengan sahabat baiknya.
Walau bagaimanapun, dia menjelaskan salah faham di antara mereka sudah pun selesai dan ikatan persahabatan mereka kembali terjalin.
Adik-beradik pun boleh bergaduh, inikan pula saya dengan Nabil.
Memang ada merajuk sikit dengan Nabil masa ASGV tu tapi itu perkara biasa. Apa yang lebih penting adalah ukhwah di antara kami masih kuat.
Dalam pada itu, Nabil pula menganggap isu di antara mereka sudah pun berlalu selepas mereka memilih untuk mengambil ruang untuk menenangkan diri.
Dia juga turut berkata dia tiada masalah sekiranya digandingkan dengan pengacara itu.
Kata Nabil, dia dan Elly juga tidak pernah menyalahkan antara satu sama lain tentang apa yang sudah terjadi lebih-lebih lagi mereka sering bertemu memandangkan mereka bekerja di stesen radio yang sama.
Sebelum ini, isu persengketaan ini muncul selepas Elly secara mengejut mengundurkan diri sebagai pengacara tetap ASGV di samping Nabil dan Jihan Muse.
Susulan kejadian itu, ramai menganggap Elly dan dua pengacara tersebut tidah sehaluan sehingga menyebabkan dia menarik diri.
The post “Adik-Beradik Pun Boleh Gaduh, Inikan Pula Saya Dengan Nabil” – Elly Mazlein & Nabil Ahmad Sudah Berbaik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments