Jabatan Insolvensi (MDI) mendedahkan kira-kira 50 selebriti termasuk penyanyi terkenal yang bergelar Datuk dilihat berada dalam kategori ‘artis kaya’ masih kekal berstatus muflis dan ada di antara mereka yang enggan memberi kerjasama membayar sumbangan bulanan ditetapkan selepas ditadbir agensi itu.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah MDI, Datuk M Bakri Abd Majid, menyatakan bahawa sikap artis yang enggan berjumpa pegawai MDI untuk membincangkan kes kebankrapan, meskipun telah menerima notis bankrap atau gagal membuat sumbangan bulanan seperti ditetapkan, menyukarkan pihak MDI untuk membantu mereka keluar daripada status muflis mengikut undang-undang.
Dia turut berkata, beberapa artis menunjukkan gaya hidup mewah di media sosial, tetapi gagal membayar jumlah bulanan yang ditetapkan, walaupun jumlah tersebut kecil dan berdasarkan kemampuan mereka.
Ada di antara artis berkenaan sepatutnya boleh dibebaskan daripada status bankrap, contohnya kes sudah melebihi lima tahun, tetapi disebabkan tidak memberi kerjasama baik atau langsung tidak bertemu pegawai MDI untuk membincangkan kes itu, jadi mereka kekal bankrap hingga kini.
Memang jumlah selebriti yang muflis di negara ini tidak ramai, tetapi mereka yang mempunyai ramai peminat ini sewajarnya menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat.
Difahamkan, antara selebriti yang masih berstatus bankrap itu ialah dua penyanyi rock terkenal negara yang masih aktif dalam bidang seni dan beberapa pelakon popular.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.
The post MDI Dedah 50 Selebriti Termasuk ‘Artis Kaya’ Masih Kekal Berstatus Muflis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments