Usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad akui berasa terkilan dengan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan dia sudah meninggal dunia.
Difahamkan, dakwaan itu muncul gara-gara dia sudah lama tidak membuat siaran langsung di media sosial bersama peminat berbanding sebelum ini.
Sampai hati buat cerita begini pada Sajat. Mentang-mentanglah Sajat jarang buat ‘live’. Korang mudah buat cerita bukan-bukan pada Sajat.
Katanya lagi, ini bukan kali pertama dakwaan itu muncul dan dia menjadi mangsa berita palsu.
Bukan pertama kali jadi begini. Tahun lepas pun keluar cerita yang sama juga. Apa muslihat laman sebegini ya? Tak sudah-sudah.
Berita palsu itu dilaporkan telah dimuat naik di satu laman Facebook Resepi K.A Club yang menulis bahawa Sajat telah maut akibat dilanggar sebuah kereta SUV di luar negara.
Sajat yang sebelum ini diburu pihak berkuasa gara-gara hutang dan juga kesalahan syariah telah menetap di Australia sejak 2021 selepas melarikan diri dari Malaysia.
Meskipun begitu, dia sering menjadi tumpuan ramai kerana kerap berinteraksi dengan peminat menerusi media sosialnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Lama Menyepi Dari ‘Live’ Media Sosial, Nur Sajat Disangka Meninggal Dunia first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments