#Hiburan: “Mereka Tahu Suami Saya OKU..” – Isteri Maklum Tiada Mana-Mana Pelaku Datang Mohon Maaf, Tak Akan Tarik Laporan Polis

Melalui laporan Sinar Harian, isteri kepada lelaki orang kelainan upaya (OKU) yang dipukul secara beramai-ramai di sebuah pasar yang terletak di Terengganu, baru-baru ini, masih belum menerima sebarang permohonan maaf daripada mana-mana pihak.

Kata Faridah Abdul Karim, 44, dirinya belum bersedia untuk berjumpa dengan individu-individu yang memukul suaminya dengan teruk, bahkan sukar untuk memaafkan.

Advertisement

pakcik oku dipukul

Mereka tahu suami saya OKU katageori mental, namun tetap memukul tanpa belas kasihan dan sehingga kini kami sekeluarga trauma.

Dalam pada itu, keluarga mangsa yang dipukul, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, turut tidak akan menarik sebarang laporan polis terhadap kes ini.

pakcik oku dipukul

Sebelum ini, tular video memaparkan seorang pakcik OKU dipukul susulan terlanggar sebuah gerai di pasar tetapi kebanyakkan netizen merasakan tindakan beberapa penduduk yang memukul itu amat berlebihan dan sepatutnya dikenakan tindakan berat daripada pihak berkuasa.

suspek kelima lelaki pukul oku direman tiga hari
19 hours ago

Suspek Pukul Lelaki OKU Di Pasar Malam Direman Tiga Hari Bermula Hari Ini

The post “Mereka Tahu Suami Saya OKU..” – Isteri Maklum Tiada Mana-Mana Pelaku Datang Mohon Maaf, Tak Akan Tarik Laporan Polis first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


sumber: beautifulnara.com #superpantas

Post a Comment

0 Comments