Satu acara pesta makanan dan hiburan yang diadakan di Setapak, Kuala Lumpur menjadi sorotan netizen gara-gara pemilihan kawasan yang dianggap tidak strategik dan menyusahkan penduduk di situ.
Difahamkan, pesta makanan ‘viral’ itu diadakan di kawasan perumahan bertingkat dan telah mengambil lokasi parkir penduduk setempat.
Adu penduduk lagi, mereka tidak dapat masuk ke kawasan rumah kerana terlalu banyak kenderaan di kawasan acara.
Tolong jangan pergi event ni. Takda parking langsung. Residence nak masuk rumah pun stuck kereta tak jalan2. Dahlah orang baru balik kerja penat2, jammed pula kat rumah. Reti buat event ke tak ni? Tak pergi tengok tempat dulu ke? Asal boleh je!
Korang ni buat event x survey ke tempat macam mana. Mana ada parking area situ. Penduduk pun berebut nak parking. Ni kan masuk org luar pulak.
Ia sekaligus mengundang kemarahan orang ramai terutamanya penduduk di kawasan itu apatah lagi acara hiburan sehingga larut malam telah menyebabkan mereka tidak dapat berehat di rumah setelah seharian keluar bekerja.
Lebih mengharukan apabila pihak penganjur juga dilihat memadam komen aduan netizen yang terjejas akibat acara itu di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
The post Penganjur Pesta Makanan Di Setapak Dikritik Buat Acara Di Kawasan Perumahan – “Tak Strategik Langsung, Menyusahkan Orang!” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
0 Comments